Tuesday, 3 April 2012

Public Phone Yang Kreatif

Kalau dulu Public Phone menjadi kegilaan ramai orang kerana di situlah tempat orang “bergayut” dengan kekasihnya,maklum la dulu talifon bimbitkan mahal,untuk pelajar sekolah dan universiti disitulah tempat mereka melepaskan kerinduan tetapi kini Public Phone semakin jarang digunakan oleh orang awam kerana teknologi kini memudahkan kita berhubung.Mari kita lihat Public Phone di negara luar.



Tak Boleh Cakap Lama-lama..Sejuk!!


Russia Public Phone

Sweedish Public Phone



London Public Phone

Sunday, 1 April 2012

Street Advertising Yang Kreatif

Selain iklan di Bangunan dan Tv yang kreatif rupanya ada juga syarikat yang cuba memaparkan iklan di jalan raya..mari kita tengok jalan yang cukup kreatif ini..









Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-205 Yang Hebat

Pada malam 24 Mac 2012 yang lepas, Polis Diraja Malaysia telah menyambut ulangtahun yang ke-205 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan penuh gilang-gemilang. Sambutan penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dengan kejadiran kira-kira 7,000 tetamu kehormat dan orang ramai yang turut sama meriahkan majlis sambutan tahun ini.




Antara pertunjukan yang memukau pengunjung pada malam itu adalah payung terjun, akrobatik bermotosikal, aksi tempur oleh 69 Komando dan aksi bertempur dengan penyerang hendap oleh Unit Tindakan Khas (UTK). Selain pameran dan pertunjukan daripada pelbagai Jabatan dalam pasukan PDRM, maskot ‘Harimau Biru’ turut diperkenalkan sebagai lambang penjenamaan semula pasukan itu. Lagi 198 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Terima kasih pihak Polis, atas sumbangan 205 tahun menjaga keselamatan negara. 

Saturday, 31 March 2012

10 RAHSIA KEBAIKAN COKLAT YANG TAK RAMAI ORANG TAHU..

Jika anda seorang yang gemarkan manisan, pasti anda akan gembira membaca fakta terbaru yang menunjukkan penggemar coklat selalunya mempunyai body mass index (BMI) yang lebih rendah.

Tapi! Sebelum anda mencapai cadbury ataupun snickers, anda kena ingat bukan semua coklat yang di jual di kedai sama. Kandungan gula, lemak dan bahan-bahan yang lain mungkin akan memberi kesan yang berlainan.


Walau bagaimanapun, mengambil coklat dalam sukatan yang berpatutan adalah satu perkara yang baik. jom baca fakta yang mungkin mengejutkan anda semua tentang kebaikan coklat.

1. Coklat mengurangkan kadar serangan strok.


Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.


9 lagi rahsia kebaikan COKLAT yang tak ramai orang tahu! dengan membaca entry ini sepenuhnya...

2. Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung.


Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan.



3. Coklat boleh melawan diabetis.


Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.



4. Coklat melindungi kulit anda.


Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari! 




5. Coklat boleh mengelakkan batuk-batuk.


Ramuan dalam coklat yang dipanggil "Theobromine" mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Sekitar rahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.


6. Coklat memberikan anda mood yang baik.


Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress.



7. Coklat membantu meningkatkan peraliran darah.


Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah.




8. Coklat meningkatkan kadar penglihatan.


Oleh kerana keupayaannya untuk memperbaiki aliran darah, khususnya ke otak,coklat didapati juga boleh meningkatkan aliran darah ke retina, sekali gus memberi rangsangan yang baik kepada mata.




9. Coklat boleh membuatkan anda bijak.


Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan sedar, Kajian di britain menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan.





10. Coklat boleh mengisi perut anda.


Oleh kerana coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang lapar. kajian juga menunjukkan coklat gelap lebih baik berbanding susu.




Coklat yang berada dipasaran sekarang ini banyak mengandungi bahan-bahan tambahan lain seperti gula, butter yang meningkatkan jumlah kalori. Pastikan sebelum anda membeli coklat di kedai, kandungan coklat yang terkandung adalah 70% atau lebih.


Satu sudu coklat asli mengandungi hanya 12 kalori, berbanding satu sudu gula iaitu 30 kalori. Coklat juga mengadungi kaffeine. satu auns coklat mengandungi 23mg kaffeine. Tapi tak perlu risau, satu bar coklat hanya mengandungi 100mg kaffeine yang hanya bersamaan dengan satu cawan kopi.

Wednesday, 28 March 2012

Wanita Makan 5 Ekor Ayam Hidup Setiap Hari

Salam sejahtera... Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia. Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk-pauk yang dihidangkan. Pun begitu, bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu!

Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih. Malah, beliau juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari!

Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu. Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.









p/s::nie manusia ke pontianak nie,, =)

Pelik!! Telur Ayam Berwajah Alien...


Siapa yang tak pernah memakan telur. Kandungan proteinnya yang tinggi serta berkhasiat. Makanan asasi wajib yang harus sedia di meja makan. Namun jika anda menjumpai telur yang seperti ini, saya yakin, pasti takut untuk memakannya. Bukannya tak lazat, tetapi sayang untuk pecahkani.

Pasangan suami isteri yang tinggal di Beechwood, Middlesborough, United Kingdom, menggeletar ketika mengambil telur dari ayam mereka dan mendapati bentuknya menyerupai wajah alien. Polanya menyerupai seperti sebuah wajah. Memiliki mata, mulut, dan bahkan hidung. Dengan saksama George Mitchell melihat kembali dan kembali, ia membuat kesimpulan jika ini adalah wajah alien.

Kejam!!Ibu Hembus Asap Ganja Ke Mulut Bayi Berusia 10 Bulan..

Seorang ibu berusia 21 tahun, Jessica Callaway menghembuskan asap ganja ke dalam mulut seorang anak perempuan yang berusia 10 bulan, lapor sebuah akhbar kelmarin. Dia kemudian ditangkap selepas seorang rakannya merakamkan kejadian tersebut menerusi telefon bimbit sebelum membuat aduan kepada polis di sini.


Ibu muda itu juga didapati memukul anaknya itu.Dia mengaku kepada polis bahawa perbuatan tersebut pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini. Jessica kemudian dibebaskan dengan ikat jamin AS$2700 (RM8074).




Sunday, 25 March 2012

Kasut Tumit Tinggi Yang Pelik Tapi Kreatif

Apa yang korang akan tengok ini ialah rekaan kasut tumit tinggi yang pelik dan kreatif. Mungkin ade sesetengahnya yang kita tak terfikir langsung akan ada orang yang mereka kasut sedemikian rupa. 









Kreatif sangat siapa yang mencipta rekaan kasut-kasut ni semua. Ini maknanya mereka ini semua berfikir diluar kotak fikiran sehingga terhasilnya kasut-kasut yang diluar pemikiran normal manusia biasa.

Bagi mereka yang bernama wanita, kesakitan bila memakai kasut tumit tinggi bukanlah satu perkara yang perlu dirisaukan. Ape yang lebih penting adalah mereka kelihatan cantik di mata orang ramai. Itulah FAKTA!=P

Kisah Perempuan Gila Teraniaya...




Kisah menyentuh hati yang akan diceritakan ini adalah kisah benar. Terpulang kepada individu untuk mengambilnya sebagai ikhtibar, pengajaran, panduan atau sebagainya. Sebelum tu, satu persoalan harus kita fikirkan.

Adakah perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga itu benar-benar baik untuk seseorang? Siapa yang kata tu kena fikir-fikirkan lepas baca kisah ni.

Dia bernama Alia (bukan nama sebenar). Seorang yang memiliki rupa paras yang cantik dan anak yang mendengar kata. Ditakdirkan kahwin dengan lelaki pilihan keluarga dan menetap dia sekitar Kajang. Tak berapa nak pasti sama ada perkahwinan dia bahagia atau tidak, tapi yang pasti pasangan tersebut telah mempunyai 2 orang anak.

Entah di mana silapnya. Dia telah diceraikan suaminya dan terpaksa berpisah dengan anak-anaknya yang telah dibawa bersama oleh bekas suami. Setelah berpisah, dia mengalami tekanan perasaan yang melampau akibat terlalu sedih dengan anak-anaknya. Sehingga dia menjadi kurang waras.

Pernah beberapa kali di ambil oleh pihak berkenaan untuk ditempatkan di wad sakit gila. Tapi entah mengapa dia dia lepaskan semula. Walupun gila, dia tak pernah mengganggu orang ramai, apentah mencederakan. Dia hanya merayau sekitar taman perumahannya untuk mencari anak-anaknya.

Masa ternampak dia tu memang rasa sangat kesian sebab keadaannya tidak terurus. Satu hari tu dia hanya duduk dia tepi jalan melihat kenderaan lalu lintas dihadapannya. Itu kali terakhir dia kelihatan. Lepas tu dah tak nampak kelibatnya.

Kata orang dia duduk berseorangan dirumahnya. Kerap kali kelihatan mandi bogel di luar rumahnya. Biasalah, persekitaran kampung lah katakan. Kolam mandi di luar rumah yang dihadang oleh zink. Tapi zink tu dah uzur, so memang nampak lah kan.

Beberapa bulan lepas tu, aku agak terkejut sebab nampak perutnya besar macam orang mengandung. Aku tanya pada orang di sekelilingnya, memang sah dia di buntingkan. Tapi semua orang tak tahu itu angkara siapa. Tapi yang pasti ini kerja lebih dari seorang!

Apa yang aku syak, ini mungkin perbuatan buruh-buruh binaan yang sebahagian besarnya mendiami di sekitar perumahan Alia. Persekitaran kampung kat kajang memang macam tu. Yelah, kalau dah hari-hari nampak perempuan bogel depan mata, macam mana nak tahan nafsu tu kan? KEPALA OTAK! Tapi tak ada bukti nak sabitkan mereka.

Kesian kan? dah lah gila, kemudian orang ambil kesempatan pula. Apa pula nasib anak yang bakal dilahirkan tu? Sekarang ni, dia telah selamat lahirkan anak tu, tapi anak tu hilang, tak tahu siapa yang ambil. Sedih betul. Ibu bapa dia yang menetap di Kedah tahu tentang hal ini, tapi tidak ada apa-apa tindakan. hmm.

Kita nak membantu tapi tak berdaya, hanya yang boleh kita lakukan ialah mendoakan yang terbaik buatnya. Allah telah menjanjikan syurga untuk orang-orang sepertinya.

Gigi Berterabur Dianggap Cute Di Jepun???


Salam sejahtera... Adakah anda mempunyai masalah gigi berterabur atau tidak tersusun? Usah risau lagi dengan permasalahan gigi anda itu kerana anda juga dianggap cute sebenarnya. Tidak payahlah anda bersusah payah mahu meratakan gigi anda yang berterabur itu kepada gigi tersusun. Di Jepun, sesiapa yang mempunyai gigi seperti ini adalah seorang yang comel atau cute.


Orang Jepun mementingkan warna gigi tersebut putih berbanding gigi tersusun. Barulah nampak asli skit, jika tidak nampak macam gigi palsu pula. Tahukah anda, Doktor gigi di Jepun ada menyediakan perkhidmatan menjadikan gigi anda seperti model di gambar ini tau. Jangan rasa pelik ya!








Bantal Berbentuk Batuan Sungai...

Ini lah Dikatakan Tahi Twetter sebenar..





bertaubatlah.....