Sunday, 25 March 2012

Kisah Perempuan Gila Teraniaya...




Kisah menyentuh hati yang akan diceritakan ini adalah kisah benar. Terpulang kepada individu untuk mengambilnya sebagai ikhtibar, pengajaran, panduan atau sebagainya. Sebelum tu, satu persoalan harus kita fikirkan.

Adakah perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga itu benar-benar baik untuk seseorang? Siapa yang kata tu kena fikir-fikirkan lepas baca kisah ni.

Dia bernama Alia (bukan nama sebenar). Seorang yang memiliki rupa paras yang cantik dan anak yang mendengar kata. Ditakdirkan kahwin dengan lelaki pilihan keluarga dan menetap dia sekitar Kajang. Tak berapa nak pasti sama ada perkahwinan dia bahagia atau tidak, tapi yang pasti pasangan tersebut telah mempunyai 2 orang anak.

Entah di mana silapnya. Dia telah diceraikan suaminya dan terpaksa berpisah dengan anak-anaknya yang telah dibawa bersama oleh bekas suami. Setelah berpisah, dia mengalami tekanan perasaan yang melampau akibat terlalu sedih dengan anak-anaknya. Sehingga dia menjadi kurang waras.

Pernah beberapa kali di ambil oleh pihak berkenaan untuk ditempatkan di wad sakit gila. Tapi entah mengapa dia dia lepaskan semula. Walupun gila, dia tak pernah mengganggu orang ramai, apentah mencederakan. Dia hanya merayau sekitar taman perumahannya untuk mencari anak-anaknya.

Masa ternampak dia tu memang rasa sangat kesian sebab keadaannya tidak terurus. Satu hari tu dia hanya duduk dia tepi jalan melihat kenderaan lalu lintas dihadapannya. Itu kali terakhir dia kelihatan. Lepas tu dah tak nampak kelibatnya.

Kata orang dia duduk berseorangan dirumahnya. Kerap kali kelihatan mandi bogel di luar rumahnya. Biasalah, persekitaran kampung lah katakan. Kolam mandi di luar rumah yang dihadang oleh zink. Tapi zink tu dah uzur, so memang nampak lah kan.

Beberapa bulan lepas tu, aku agak terkejut sebab nampak perutnya besar macam orang mengandung. Aku tanya pada orang di sekelilingnya, memang sah dia di buntingkan. Tapi semua orang tak tahu itu angkara siapa. Tapi yang pasti ini kerja lebih dari seorang!

Apa yang aku syak, ini mungkin perbuatan buruh-buruh binaan yang sebahagian besarnya mendiami di sekitar perumahan Alia. Persekitaran kampung kat kajang memang macam tu. Yelah, kalau dah hari-hari nampak perempuan bogel depan mata, macam mana nak tahan nafsu tu kan? KEPALA OTAK! Tapi tak ada bukti nak sabitkan mereka.

Kesian kan? dah lah gila, kemudian orang ambil kesempatan pula. Apa pula nasib anak yang bakal dilahirkan tu? Sekarang ni, dia telah selamat lahirkan anak tu, tapi anak tu hilang, tak tahu siapa yang ambil. Sedih betul. Ibu bapa dia yang menetap di Kedah tahu tentang hal ini, tapi tidak ada apa-apa tindakan. hmm.

Kita nak membantu tapi tak berdaya, hanya yang boleh kita lakukan ialah mendoakan yang terbaik buatnya. Allah telah menjanjikan syurga untuk orang-orang sepertinya.

No comments:

Post a Comment